Wednesday, September 17, 2014

Pakej Trip Xplorasi Bajet Pulau Besar,Melaka.


Pulau besar,Melaka yang terkenal dengan keindahan alamsemulajadi dan keunikan kisah sejarahnya yang tersendiri.
Antara lokasi bersejarah yang boleh dikunjungi seperti Muzium
Pulau Besar,Kawasan Makam Lama,Kawasan Batu Kapal,Pantai Pasir Putih,Mendaki ke puncak Bukit
Batu Belah & 'Jungle trekking'ke Gua Yunus.
Untuk ke Pulau Besar,para pengunjung perlu menaiki bot atau feri dari Jeti Anjung Batu,Umbai ke Jeti Pulau Besar yang memakan masa 30-45 minit mengharungi gelora lautan Selat Melaka.
Kami di Menarik Adventure (No.Pendaftaran 002316336-T) menawarkan Pakej Xplorasi Bajet untuk menjelajah ke tempat-tempat menarik di seluruh pelusuk Pulau Besar,Melaka.

Pakej Xplorasi Bajet  Pulau Besar,Melaka.
INFO PAKEJ:
Jenis Trip:Island Trekking/Hiking Daytrip Backpack/Santai
Lokasi:Pulau Besar,Melaka.
Bayaran Pakej:
RM90.00 Seorang :Dewasa
RM85.00 Seorang:Pelajar

**Bayaran TERMASUK:
-Bayaran Pengangkutan Bot Penumpang Pergi dan Balik dari Jeti Anjung Batu,Umbai,Melaka ke Jeti Pulau Besar
-Bayaran masuk ke Muzium Pulau Besar
-Makan tengahari (lunchpack)
-Khidmat jurupanduarah dari PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka)
-Pengurusan trip.

**Pakej ini hanya sah untuk cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad SAHAJA dan terbuka untuk orang awam atau pelajar di dalam kumpulan
 antara 20 hingga 50 orang peserta

PENDAFTARAN DAN TEMPAHAN PAKEJ:
-SILA BUAT TEMPAHAN AWAL DALAM JANGKAMASA 3 MINGGU SEBELUM TARIKH YANG DICADANGKAN.-Hubungi kami (SMS@Whatssapp juga dilayan):
  Menarik Adventure:0192515283
  En.Faizal Samat  :0176091473.
Pembayaran boleh dilakukan melalui akaun Maybank saya:112269106872 (MOHD FAIZAL BIN SAMAT)
*Sila maklumkan kepada kami selepas membuat sebarang pembayaran.
Untuk tujuan pendaftaran,sila berikan senarai maklumat peserta :Nama Penuh DAN No.Kad Pengenalan,
dan Emel ke:zaltrackers85@gmail.com

Perkara yang perlu dibawa:
-Kasut yang sesuai
-Pakaian yang sesuai
-Beg galas
-Kudapan@Makanan ringan dan minuman seperti  air mineral 1.5L  ,100Plus,coklat,kismis,keropok,kacang dan sebagainya
-Payung untuk berjalan di laluan terbuka (mengelakkan kepanasan haba matahari)
-Headlamp@ lampu suluh(standby)
-Ubat ubatan peribadi (jika ada)

Nota:
-Sila berkumpul di Jeti Anjung Batu,Umbai,Melaka jam 08.30 Pagi,untuk sesi pendaftaran dan taklimat.Peta lokasi akan diberikan.
-Sila patuhi masa yang telah ditetapkan.Sila rancang masa perjalanan anda dari rumah untuk mengelakkan sebarang kelewatan.
-Pastikan anda telah menikmati sarapan pagi di dalam perjalanan sebelum tiba di Jeti Anjung Batu,Umbai.
-Semasa menaiki Bot Penumpang,sila pakai jaket keselamatan dan dilarang merokok di dalam Bot Penumpang demi keselamatan dan keselesaan anda.
-Sebarang kecederaan,kehilangan harta benda,kemalangan atau kematian sepanjang menyertai program ini adalah dibawah tanggungan dan tanggungjawab setiap peserta.
 Utamakan keselamatan diri.

Tentatif trip:
8:30 Pagi-Berkumpul di Jeti Anjung Batu,Umbai,Melaka.Taklimat ringkas.
9:30 Pagi-Dijangka mula menaiki Bot Penumpang ke Jeti Pulau Besar,Melaka.
10:00 Pagi-Dijangka tiba di Jeti Pulau Besar.Berjalan menuju ke muzium Pulau Besar.
10:15 Pagi-Melawat Muzium Pulau Besar.
10:45 Pagi-Taklimat ringkas dari jurupanduarah dari PERZIM.Mula bergerak ke kawasan bersejarah Batu  Kapal.
11:00 Pagi-Dijangka tiba di kawasan Batu Batu Kapal.
11:15 Pagi-Mula trekking ke kawasan Pokok Disula) melalui kawasan perigi dan makam lama iaitu  Makam Tok Janggut,Makam Tok Putih &Makam Sultan Arifin: (singgah sebentar di Seri Andak Lagenda untuk mengambil 'lunchpack' SEBELUM menuju ke kawasan Pokok Disula)
11:30 Pagi-Dijangka tiba di kawasan pokok disula.
11:45 Tengahari-Mula mendaki ke puncak Bukit Batu Belah.
12:30 Tengahari-Dijangka tiba di puncak Bukit Batu Belah.
01:00 Petang-Mula bergerak (trekking) ke Perigi Bunian & Tasik Bunian.
01:45 Petang-Dijangka tiba di Tasik Bunian
02:00 Petang-Mula trekking ke Pantai Pasir Putih.Berehat seketika.Makan&solat.
03:00 Petang-Mula  trekking ke Gua Yunus.
03:30 Petang-Dijangka tiba di Gua Yunus.
04:00 Petang-Mula trekking ke Bukit Panglima Hitam dari Gua Yunus
 04:30 Petang-Dijangka tiba di puncak Bukit Panglima Hitam.
04:45 Petang-Turun dari puncak dan bergerak ke surau berhampiran Makam Sultan Ariffin.Berehat.Solat.
05:30 Petang-Mula bergerak ke Jeti Pulau Besar.
06:00 Petang-Dijangka menaiki  Bot Penumpang ke Jeti Anjung Batu.
06:30 Petang-Dijangka sampai di Jeti Anjung Batu,Umbai.Pulang.
**Tentatif bergantung pada pergerakan peserta dan perubahan jadual perjalanan Bot Penumpang (termasuk masa berhenti rehat mengambil gambar+ 'selfie')